Idea Kitar Semula Makanan #1 - Nasi Goreng Ikan

Nasi putih, ikan sardin goreng dan sambal belacan yang tidak habis dimakan usah terus dibuang ke dalam tong sampah. Apa kata olah makanan ini menjadi sarapan pagi yang enak dan berkhasiat untuk anda sekeluarga. Tidak perlu lagi anda membeli sarapan pagi di luar.

Nasi Goreng Ikan
Nasi Goreng Ikan

Bahan-bahan nasi goreng ikan:

5 cawan nasi putih (digaul dengan 1 sudu teh garam)
2 ekor ikan sardin goreng (dimbil isi dan ditumbuk)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (diketuk)



3 sudu besar sambal belacan
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
½ batang lobak merah (dihiris halus memanjang)
1 pokok sawi (dipotong)
Minyak masak
Cili padi (diketuk - pilihan jika suka pedas)
*Nota: Lobak merah dan sawi boleh diganti dengan sayur lain.


Cara membuat nasi goreng ikan:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan  bawang besar kisar dan sambal belacan. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan cili padi (jika suka pedas). Kemudian masukkan isi ikan yang ditumbuk. Kacau sebentar. 
  4. Masukkan lobak merah. Pecahkan telur dan biar seketika. Kemudian kacau. 
  5. Masukkan kicap manis dan sos tiram. 
  6. Masukkan nasi putih  dan kemudiannya sawi.
  7. Kacau gaul hingga rata. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba resipi nasi goreng hasik dari idea kitar semula makanan ini. Masak sendiri pasti lebih bersih, jimat dan sedap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan