Tips Putihkan Lutut Hitam

Selain daripada kulit wajah, penjagaan bahagian lain tubuh badan juga penting. Lutut merupakan salah satu bahagian yang terlindung. Lutut mungkin menjadi hitam akibat kering. Terdapat banyak cara yang boleh dicuba untuk memutihkan kembali lutut hitam hanya dengan menggunakan bahan yang berada di dapur anda.

Tips Putihkan Lutut Hitam
Tips Putihkan Lutut Hitam
Foto kredit: HellaWella
Berikut dikongsikan beberapa cara untuk putihkan lutut yang hitam:

1. Putihkan Lutut dengan Minyak zaitun

Sapu minyak zaitun pada setiap malam di lutut bagi tujuan melembabkannya. Kulit lutut yang kering akan menyebabkannya menjadi hitam.


2. Putihkan Lutut dengan Lemon dan Madu

Campurkan perahan air lemon dengan sedikit madu. Sapukan pada bahagian lutut yang hitam dan biarkan kering selama 15 minit. Lakukan seminggu dua kali. 


3. Putihkan Lutut dengan Yogurt dan Almond

Tumbuk halus 10 biji almond. Campurkan dengan 3 sudu besar yogurt. Sapukan campuran ini pada lutut yang hitam dan biar ia kering selama 15 minit. Boleh ulang seminggu dua kali. 


Cuba lakukan tips yang dikongsikan ini secara konsisten bagi mendapatkan lutut yang putih. Selain daripada menggunakan bahan semulajadi tanpa kimia berbahaya, anda juga pasti dapat menjimatkan kos untuk membeli krim putihkan lutut yang mahal. Petua ini juga boleh dicuba untuk putihkan siku yang hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan