Homemade Jus Asam Kunyit

Kecantikan luaran seorang wanita bermula dari dalaman diri. Selain daripada pemakanan dan senaman yang teratur, pengambilan makanan tambahan seperti jus asam kunyit dapat membantu untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan wajah yang berseri.

Homemade Jus Asam Kunyit
Sumber foto:2x5.blogspot.my
Homemade Jus Asam Kunyit

Sebelum ini pernah dikongsi mengenai Homemade Jamu di dalam artikel yang lalu. Pada kali ini dikongsikan Homemade Jus Asam Kunyit



Bahan-bahan:

4 ulas kunyit saiz 2 inci (ditumbuk)

1 ulas halia saiz 2 inci (dihiris)

1 biji buah manjakani (ditumbuk)

1 sudu besar asam jawa (diperah ambil air jadi 2 cawan)

Sedikit gula merah (pilihan)


Cara memuat:

1. Rebus halia, kunyit dan manjakani dengan 2 cawan air. Biarkan sehingga mendidih.
2. Tambah air asam jawa dan biar ia mendidih lagi. Apabila telah mendidih, masukkan gula merah.
3. Masak sehingga air kering dan tinggal 1 cawan. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
4. Tapis air ini dan masukkan ke dalam botol.
5. Simpan dalam peti sejuk. 


Amalkan minum air Jus Asam Kunyit ini seminggu satu hingga tiga kali sebelum mengambil sarapan pagi. Jika diamalkan secara konsisten, ianya dapat menaikkan seri wajah dan awet muda. Masalah keputihan dan keletihan juga dapat diatasi.

*Nota:
Kunyit - merawat luka dalaman
Halia - membuang angin
Manjakani - mengetatkan bahagian intim wanita
Asam jawa - mengempiskan perut
Gula merah - mengurangkan pahit manjakani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...