Makanan untuk Menambah Darah

Sel darah merah (hemoglobin) penting untuk mengangkut makanan dan oksigen ke seluruh badan kita. Kekurangan sel darah merah menyebabkan pening kepala, badan lesu dan muka pucat. Kali ini dikongsikan makanan untuk menambah darah yang boleh diambil.

Makanan untuk Menambah Darah
Makanan untuk Menambah Darah - Sumber gambar higherperspective.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan mata. Beberapa jenis makanan untuk menambah darah adalah seperti berikut:

1. Daging merah sebagai makanan untuk menambah darah 
Daging merah kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan hemoglobin. Namun ambil daging merah secara sederhana kerana jika berlebihan ia merbahaya untuk jantung anda. 

2. Kerang sebagai makanan untuk menambah darah 
Kerang boleh dimakan dengan cara merebus atau membakarnya. Untuk rasa yang lebih enak, makan kerang bersama sos atau sambal kicap. 

3. Roti gandum penuh dan bijirin sebagai makanan untuk menambah darah
Pengambilan roti gandum penuh atau bijirin ketika bersarapan pagi dapat menambah zat besi yang diperlukan oleh tubuh anda.

4. Buah-buahan sebagai makanan untuk menambah darah 
Buah-buahan seperti anggur, epal, tembikai dan kismis juga dapat menambah darah.

5. Sayur-sayuran sebagai makanan untuk menambah darah
Sayur-sayuran seperti bayam, sawi, lobak, kangkung dan brokoli juga baik untuk menambah darah.

Diharapkan perkongsian mengenai makanan untuk menambah darah ini bermanfaat untuk diamalkan oleh anda yang menghadapi masalah kekurangan darah atau anemia. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang bagi memastikan nutrien di dalam tubuh mencukupi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...